ITU-UUM Sertai Pameran Di Bawah Program Digital Lifestyle Malaysia

Ditulis oleh Super User on .

ITU-UUM telah dijemput oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyokong usaha SKMM untuk mempromosikan Digital Lifestyle Malaysia (DLM) pada 25 Januari 2014 yang lalu. Program ini telah berlangsung di Pinggir Sungai Sepang Besar, Bagan Lalang, Sepang Selangor. Salah satu objektif pameran ini dianjurkan adalah bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi baru yang boleh meningkatkan keberkesanan dalam penjagaan alam sekitar sekaligus membantu memelihara dan memulihara alam sekitar.

Dalam pameran ini, ITU-UUM yang diwakili oleh Timbalan Pengarah ITU-UUM, Dr Azizi Ab Azizi serta dua orang staf ITU-UUM telah berpeluang mempamer dan mempromosikan program serta aktiviti berkaitan pembangunan ICT luar bandar yang telah dilaksanakan oleh pihak ITU-UUM.  Pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz ICT; penggunaan aplikasi dan teknologi terkini telah ditonjolkan dalam pameran oleh pihak ITU-UUM.

Di samping itu, pihak SKMM juga telah mengadakan aktiviti lain seperti Klik Dengan Bijak, U-Pustaka, Pameran Go Green dan aktiviti rekreasi sungai yang melibatkan komuniti setempat.

Sekian.

Kemaskini pada 27 Januari 2014