1

BENGKEL REKA BENTUK GRAFIK SIRI KE 2 BERJAYA MENARIK MINAT PESERTA

on .

Pada 25 Ogos 2015 lalu, ITU-UUM telah menganjurkan Bengkel Reka Bentuk Grafik Untuk Persembahan Multimedia dan Penerbitan Atas MejaSiri ke 2/2015 di Makmal Eksekutif, Pusat Konvensyen.

Bengkel yang dijalankan selama satu hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang reka bentuk grafik untuk persembahan multimedia dan penerbitan atas meja.

Bengkel seumpama ini banyak membantu peserta dari segi peningkatan kreativiti dan pengetahuan dalam memudahkan tugasan. 

Dalam bengkel tersebut, peserta telah didedahkan dengan penggunaan Ms Power Point dan Adobe Photoshop untuk menghasilkan rekabentuk seperti slaid pembentangan, brosur, penghasilan kulit buku dan poster yang kreatif.