ITU-UUM ANJUR PROGRAM PEMBANGUNAN LATIHAN KEPADA PENGURUS DAN PENOLONG PENGURUS PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (PI1M)

Ditulis oleh Admin ITU on .

ITU-UUM telah bekerjasama dengan NERA Infocomm (M) Sdn. Bhd. untuk menganjurkan Program Pembangunan Latihan kepada Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di Kedah, Selangor dan Putrajaya. Sejumlah empat belas (14) PI1M yang terletak di Kedah, Selangor dan Putrajaya terlibat dalam program ini selama dua (2) tahun bermula pada tahun 2015. Program latihan yang dicadangkan akan memberi tumpuan kepada skop ICT beasaskan kepada keperluan yang diberikan oleh Nera Infocomm (M) Sdn. Bhd. dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sehubungan itu, ITU-UUM telah memulakan siri latihan pertama kepada staf PI1M bagi zon Putrajaya, Linggi dan Semenyih di PI1M Presint 9 Fasa 3, Putrajaya pada 01 Ogos 2015 dan 09 Ogos 2015 bagi zon Kedah di UUM. Bengkel Entrepreneurship Knowledge & Skills (ICT & Business Cluster Modules) telah dikendalikan oleh En. Mohd Sufli Yusof, Pensyarah UUM COB.

Sementara itu, pada 28 Julai 2015 juga telah diadakan Bengkel Marketing Using Social Media And E-Commerce Skills kepada Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Sungai Limau Dalam, Kula Sala dan Bukit Besar, Yan.

Hasil dapatan dari bengkel yang diadakan ini para peserta seterusnya akan memberi latihan secara langsung kepada penduduk setempat.