Bengkel Penambahbaikan Piagam Pelanggan dan Dasar Kualiti ITU-UUM

Ditulis oleh Admin ITU on .

1

Pada 10 Ogos 2015 yang lalu, ITU-UUM telah melaksanakan Bengkel Penambahbaikan Piagam Pelanggan serta Dasar Kualiti Jabatan bertempat di EDC-Hotel, UUM. Bengkel ini  dihadiri oleh semua staf dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah merangkap pemangku Pengarah ITU-UUM, Dr. Mohd Shamrie Sainin.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk meneliti dan memantapkan serta menyelaras Piagam Pelanggan dan Dasar Kualiti jabatan yang bersesuaian dengan ITU-UUM seiring dengan perkembangan semasa. Hasil daripada perbincangan ini ,semua staf dapat bersama-sama dalam mencapai dan melaksanakan tugas masing-masing seiring dengan piagam pelanggan yang telah terhasil.