• slide Dpn UUM And NERA Infocom M Sdn Bhd
  • PI1M NERA FEB 2016
  • PI1M 13 MAC 2016
  • bengkel pi1m
  • gambar bengkel geafifdesign
  • slide dpn Progrm Semenyih1
  • UUM And NERA Infocom (M) Sdn Bhd Embark On A Collaborative Venture To Provide Training For PI1M Managers And Assistant Managers
  • Bengkel Designing Attractive Contents & Program Kelestarian: Pengurusan Kewangan dalam Kelangsungan Perniagaan untuk Pengurus Pusat Internet 1Malaysia pada 27 dan 28 Februari 2016
  • Program Kelestarian: Pengurusan Kewangan dalam Kelangsungan Perniagaan 13 Mac 2016
  • ITU-UUM ANJUR PROGRAM PEMBANGUNAN LATIHAN KEPADA PENGURUS DAN PENOLONG PENGURUS PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (PI1M)
  • 25 Ogos 2015-Bengkel Reka Bentuk Grafik Untuk Persembahan Multimedia dan Penerbitan Atas Meja Siri ke 2/2015 di Makmal Eksekutif, Pusat Konvensyen.
  • ITU-UUM ANJUR LATIHAN BAHAGIAN KE-2 MODUL ICT &BUSINESS CLUSTER MODULES KEPADA STAF PI1M KEDAH, PUTRAJAYA, SEMENYIH & LINGGI

ITU-UUM BERI PELUANG STAF PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (PI1M) MELAWAT UUM

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

ITU-UUM BERI PELUANG STAF PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (PI1M) MELAWAT UUM

PI1M NERA FEB 2016

Pada 27 dan 28 Februari 2016 lalu, ITU-UUM telah menganjurkan Program Pembangunan Latihan untuk siri ke-3 kepada 13 orang Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di bawah projek kerjasama antara ITU-UUM dan NERA Infocomm (M) Sdn. Bhd.

Program yang dijalankan selama dua hari ini dimulai dengan Bengkel Designing Attractive Contents yang telah disampaikan oleh Encik Jasni Ahmad, Pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi. Pada hari berikutnya, diikuti dengan Program Kelestarian bertajuk Pengurusan Kewangan dalam Kelangsungan Perniagaan oleh Puan Nadirah Hj. Samsuri, Penasihat Kewangan.

Program ini dirancang di adakan di UUM adalah bersempena dengan Discover UUM 2016 di mana peserta tidak ketinggalan untuk menerokai kecantikan kampus dan berkunjung ke Anjung Tamu.

Satu sesi yang sama juga akan diadakan kepada Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di Kedah, Selangor dan Putrajaya pada 12 dan 13 Mac 2016 nanti.

===============================
DARIPADA:
ITU-UUM ASIA PACIFIC CENTRE OF EXCELLENCE FOR RURAL ICT DEVELOPMENT

CONVENTION COMPLEX

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

06010 UUM SINTOK

TEL : +(6) 04-928 4951  FAKS : +(6) 04-928 4959

E-MAIL : itu@uum.edu.my

Website : www.itu.uum.edu.my 

Kemaskini pada 17 Mac 2016

MERENTAS ERA TEKNOLOGI MELALUI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

28 Februari 2016 - Program Pembangunan Latihan kepada Pengurus Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di sekitar Kedah, Putrajaya, Linggi Negeri Sembilan dan Semenyih Selangor anjuran ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development (ITU-UUM) adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT.

ITU-UUM ANJUR LATIHAN BAHAGIAN KE-2 MODUL ICT &BUSINESS CLUSTER MODULES KEPADA STAF PI1M KEDAH, PUTRAJAYA, SEMENYIH & LINGGI

on . Posted in Berita

Pada 09 Ogos dan 12 September 2015, ITU-UUM telah berjaya melengkapkan siri kedua Bengkel Entrepreneurship Knowledge & Skills (ICT & Business Cluster Modules) bagi Program Pembangunan Latihan kepada Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M). Latihan bagi Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M ini telah diadakan di UUM bagi Zon Utara dan di PI1M Linggi, Negeri Sembilan bagi Zon Tengah.

JELAJAH HUTAN SINTOK MERDEKA BERI SEMANGAT BARU KEPADA STAF

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Berita

Sempena sambutan bulan kemerdekaan ke-58 ini, ITU-UUM telah mengambil inisiatif menganjurkan program  Jelajah Hutan Sintok Merdeka pada 27 Ogos 2015 yang lalu. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk melihat sendiri Pokok Merbau yang terbesar di kawasan Hutan Sintok dan secara tidak langsung menghargai serta menghayati keindahan khazanah alam semulajadi yang terdapat disekitar kawasan UUM. Idea yang dicetuskan  oleh Timbalan Pengarah dan  merangkap Pengarah ITU-UUM iaitu Dr. Mohd Shamrie Sainin  menjadikan aktiviti ini sebagai acara sambutan bulan kemerdekaan  berjaya menyuntik semangat berpasukan dan kerjasama yang jitu di kalangan staf yang terlibat.

KEM ICT 3.0 BANTU TINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN APLIKASI TERKINI KEPADA PELAJAR DI LANGKAWI

on . Posted in Berita

International Telecommunication Union-Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development telah menganjurkan program Kem ICT 3.0 pada 21-22 Ogos 2015 lalu di Myangkasa Akademi & Resort Langkawi. Program ini adalah anjuran bersama dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Langkawi, Pusat Khidmat ADUN Kuah dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Program ini melibatkan seramai 50 orang pelajar Tingkatan 4 yang terdiri daripada lima (5) buah sekolah iaitu SMK Kedawang, SMK Mahsuri, SMK Ayer Hangat, SMK Kelibang dan SMK Tunku Putra.

SEKITAR LAWATAN RASMI TNC (P&I) KE ITU-UUM

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Berita

Lawatan rasmi tersebut telah  menyentuh beberapa strategi dan langkah penambahbaikan yang perlu di ambil oleh ITU-UUM serta perkongsian idea yang dapat memantapkan lagi ITU-UUM sebagai Centre of Excellent (CoE).  Selain itu, beberapa isu dan halangan juga turut dibincangkan serta  beberapa inisiatif yang  perlu dilaksanakan bagi memperkemaskan lagi struktur ITU-UUM dalam mencapai sasaran tahunan dan  bergerak seiring dengan pelan strategik universiti. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pegawai Pengiring, En Abdul Shakur Bin Abdullah dan semua staf ITU-UUM.

ITU-UUM ANJUR PROGRAM PEMBANGUNAN LATIHAN KEPADA PENGURUS DAN PENOLONG PENGURUS PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (PI1M)

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Berita

ITU-UUM telah bekerjasama dengan NERA Infocomm (M) Sdn. Bhd. untuk menganjurkan Program Pembangunan Latihan kepada Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di Kedah, Selangor dan Putrajaya. Sejumlah empat belas (14) PI1M yang terletak di Kedah, Selangor dan Putrajaya terlibat dalam program ini selama dua (2) tahun bermula pada tahun 2015. Program latihan yang dicadangkan akan memberi tumpuan kepada skop ICT beasaskan kepada keperluan yang diberikan oleh Nera Infocomm (M) Sdn. Bhd. dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 

Bengkel Penambahbaikan Piagam Pelanggan dan Dasar Kualiti ITU-UUM

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Berita

Pada 10 Ogos 2015yang lalu, ITU-UUM telah melaksanakan Bengkel Penambahbaikan Piagam Pelanggan serta Dasar Kualiti Jabatan bertempat di EDC-Hotel, UUM. Bengkel ini  dihadiri oleh semua staf dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah merangkap pemangku Pengarah ITU-UUM, Dr. Mohd Shamrie Sainin.

UUM COLLABORATES WITH KEDAH STATE GOVERNMENT TO LAUNCH e-REZEKI

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Berita

UUM ONLINE: Alor Setar - Universiti Utara Malaysia (UUM) has collaborated with the Kedah State Government in providing training and setting up an ICT exhibition in conjunction with the launch of e-Rezeki at the Kedah Digital Transformation Centre (KDTC), Urban Transformation Centre (UTC) recently.

ENAM UNIVERSITI BERGABUNG TINGKAT JARINGAN KAMPUS LUAR BANDAR

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Berita

ENAM UNIVERSITI BERGABUNG TINGKAT JARINGAN KAMPUS LUAR BANDAR

RCN

UUM ONLINE: Enam universiti luar bandar bekerjasama dalam Diskusi Meja Bulat Jaringan Kampus Luar Bandar: Mengenalpasti Isu Dan Cabaran Kampus Luar Bandar Dalam Merealisasikan Program Transformasi Pembangunan anjuran International Telecommunication Union, Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM)  bertempat di Dewan Sri Angsana, EDC-UUM baru-baru ini.

Antara universiti yang terlibat dalam rundingan tersebut adalah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Diskusi bertujuan membincangkan isu semasa berkenaan masalah dan halangan dalam pengurusan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang beroperasi di kawasan luar bandar.

Menurut Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata jaringan antara universiti luar bandar ini merupakan satu usaha penting dalam meningkatkan keberkesanan penyelidikan antara IPTA di Malaysia.

Tambahnya lagi usaha ini mampu menyatukan suara masyarakat kampus luar bandar agar mendapat lebih perhatian daripada pihak Kementerian Pendidikan.

“Masalah yang dihadapi oleh kampus luar bandar adalah jauh berbeza dari kampus bandar dari segi pentadbiran, isu kewangan, pembangunan dan sosial”

“Sekurang-kurangnya kita dapat mendengar keluhan mereka dan mencari penyelesaian dengan kerjasama pihak kementerian,” katanya.

Beliau berharap kerjasama yang erat ini dapat menzahirkan hasrat kerajaan untuk memajukan sektor luar bandar negara Malaysia.

“Gabungan kepakaran antara keenam-enam universiti ini diharap mampu menghasilkan sesuatu yang berguna dan dijadikan permulaan kepada kerjasama erat antara universiti-universiti luar bandar,” ujarnya.

Turut hadir dalam majlis ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Abdul Malek Abdul Karim danPengarah ITU-UUM, Prof. Madya Dr. Wan Rozaini Sheik Osman.

Sumber:

UKK, UUM

Oleh: Nurul Hanis Abd Halim

Gambar Oleh: Hairul Nizam Zahari

15 Julai 2013 / 6 Ramadan 1434H

 

STAF UUM MENDALAMI REKA BENTUK GRAFIK ANJURAN ITU-UUM

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

STAF UUM MENDALAMI REKA BENTUK GRAFIK ANJURAN ITU-UUM

Pada 25 Mac 2015 lalu, ITU-UUM telah berjaya menganjurkan Bengkel Reka Bentuk Grafik Untuk Persembahan Multimedia dan Penerbitan Atas Meja di Makmal Eksekutif, Pusat Konvensyen.

Bengkel yang dijalankan selama satu hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang reka bentuk grafik untuk persembahan multimedia dan penerbitan atas meja. En. Jasni Ahmad, selaku tenaga pengajar bengkel ini telah menarik minat seramai 24 orang yang terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran UUM.

Kebanyakan peserta telah meminta untuk diadakan lagi bengkel seumpama ini kerana ia banyak membantu mereka dengan memberi manfaat dari segi peningkatan kreativiti dan pengetahuan dalam memudahkan tugasan.

Dalam bengkel tersebut, peserta telah didedahkan dengan penggunaan Ms Power Point dan Adobe Photoshop untuk menghasilkan rekabentuk seperti slaid pembentangan, brosur, penghasilan kulit buku dan poster yang kreatif.

Sekian.

Kemaskini pada 12 April 2015.

Lawatan Naib Canselor UNIMAS Dalam Kenangan

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

LAWATAN NAIB CANSELOR UNIMAS DALAM KENANGAN

Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad Kadim Suaidi bersama delegasi seramai tujuh orang telah di sambut meriah semasa lawatan ke Welcome Centre baru-baru ini.

Taklimat mengenai penubuhan dan kepimpinan UUM telah menarik perhatian Naib Canselor UNIMAS dan delegasi yang banyak berkongsi idea.

Dato' Dr. Mohamad Kadim berkata "Idea yang sangat baik untuk memberi penerangan kepada tetamu mengenai universiti seperti latar belakang, sejarah, kejayaan dan sebagainya terutama kepada tetamu yang pertama kali melawat UUM". "Perhubungan Awam amat penting bagi sesebuah universiti dan idea menyambut tetamu di Welcome Centre UUM sangat berkesan", tambah beliau lagi.

Naib Canselor dan delegasi yang terdiri daripada Timbalan - Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, Dekan - Dekan UNIMAS memberi pendapat yang positif semasa melawat Galeri, Bilik Mesyuarat Eksekutif, Loteng, Surau dan sekitar Welcome Centre.

Lawatan delegasi ini diiringi oleh Pengarah ITU-UUM, Allahyarham Prof. Madya Dr. Mohd Syazwan Abdullah bersama pegawai ITU dengan mengatur itinerari yang menarik bagi meraikan delegasi UNIMAS.

Terima Kasih dirakamkan oleh Dato' Dr. Mohamad Kadim serta delegasi UNIMAS kepada pihak UUM di atas hospitaliti yang diberikan.

"Jemputlah datang ke UNIMAS" kata Naib Canselor di akhir lawatan yang bersejarah ini.

===============================
DARIPADA:
ANJUNG TAMU
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
CANSELORI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

TAKZIAH KELUARGA PROF. MADYA DR. MOHD SYAZWAN B. ABDULLAH

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

TAKZIAH KELUARGA PROF. MADYA DR. MOHD SYAZWAN B. ABDULLAH

Dukacita dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Mohd Syazwan b. Abdullah, Pengarah ITU-UUM CoE For Rural ICT Development telah kembali ke rahmatullah jam 7.30 malam (16 Mac 2015). 

Seluruh warga ITU-UUM dengan penuh rasa dukacita mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Bersama kita berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan tergolong bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

UUM-UNIMAS JALIN KERJASAMA BERI LATIHAN KENDALI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

UUM-UNIMAS JALIN KERJASAMA BERI LATIHAN KENDALI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA

UUM ONLINE: 26 Februari – Bagi memperkasakan pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Kedah dan Sarawak, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi tujuan tersebut di EDC-UUM, semalam.

UUM menerusi Pusat Kecemerlangan International Telecommunication Union (ITU-UUM) telah bekerjasama dengan Institute of Social Informatics and Technological Innovations (ISITI-CoERI), UNIMAS dalam memberi latihan pengurusan, pemasaran, keusahawanan dan latihan ICT yang membawa kepada pembangunan sosio ekonomi setempat.

Majlis menandatangani MoA itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dato' Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dato' Dr. Mohamad Kadim Suaidi dengan disaksikan Bendahari UUM, Haji Amron Man dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Prof. Dr. Kopli Bujang.

Naib Canselor UUM berkata, PI1M telah dilaksanakan sejak 2013 secara berperingkat sebagai memenuhi hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dan bandar.

Menurutnya, bagi merealisasikan seruan kerajaan itu, UUM dan UNIMAS bekerjasama secara langsung dalam pembangunan masyarakat luar bandar yang akan memberi impak tinggi kepada komuniti sasaran, seterusnya pencapaian universiti dalam sumbangan kepada komuniti.

"Program Latihan PI1M ini telah dianugerahkan kepada UNIMAS pada 2012 oleh penaja MAXIS bagi tempoh 3 tahun dengan dana hampir RM 1juta.

"Menerusi program itu, sebanyak enam PI1M melibatkan tiga lokasi di Yan, Kedah yang dikendalikan ITU-UUM dan Bau di Sarawak oleh ISITI-CoERI akan menerima latihan tersebut sepanjang tempoh berkenaan," ujar beliau.

Kata beliau lagi, UUM menghargai persetujuan UNIMAS untuk bekerjasama dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai taraf masyarakat 'pintar' menjelang tahun 2020.

Tambahnya, dengan pemeteraian perjanjian itu diharap akan membuka ruang luas kepada masyarakat luar bandar untuk menikmati teknologi maklumat, malah kedua-dua pihak juga dapat manfaat dalam pemindahan teknologi, maklumat dan melestarikan PI1M sebagai pemangkin ekonomi setempat.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS berkata, atas penglibatan dan sokongan positif antara UNIMAS dan UUM, ITU-UUM dipilih untuk bekerjasama dalam menjalankan program latihan itu secara seiringan dengan UNIMAS.

Ujar beliau, program tersebut akan berjalan selama dua tahun dan setakat ini ia sedang berjalan dengan jayanya.

"UNIMAS dan UUM akan terus bekerjasama rapat dengan masyarakat luar dalam jaringan teknologi untuk menangani keperluan dari aspek penyelidikan dan praktikal masyarakat terbabit.

"Saya juga yakin ISITI-CoERI dan ITU-UUM dapat mencipta nama tersendiri supaya sentiasa menjadi rujukan dan dihormati dalam bidang kolaborasi pelbagai disiplin untuk membantu komuniti terpencil dan terpinggir di rantau ini," katanya.

Hadir sama Pengarah ITU-UUM, Prof. Madya Dr. Mohd Syazwan Abdullah dan pegawai-pegawai kanan UUM dan UNIMAS.

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Bengkel Development Of Entrepreneurial Mind Set: How To Create The Entrepreneurs In Your Community?

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

Bengkel Development Of Entrepreneurial Mind Set: How To Create The Entrepreneurs In Your Community?

 

21 Januari 2015 - ITU-UUM telah bekerjasama dengan ISTI-CoERI, UNIMAS bagi melaksanakan latihan pengurusan, pemasaran dan ICT kepada Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di Kedah iaitu PI1M Sungai Limau Dalam, PI1M Kuala Sala dan PI1M Bukit Besar, Yan.

Bengkel Development Of Entrepreneurial Mind Set: How To Create The Entrepreneurs In Your Community? ini diadakan di Bilik Mesyuarat ITU-UUM.

Kemaskini pada 11 Februari 2015

 

Workshop on Graphic Design 2015

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

WORKSHOP ON GRAPHIC DESIGN FOR MULTIMEDIA PRESENTATION AND DESKTOP PUBLISHING

ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development (ITU-UUM) will be organizing a workshop as follows:

 

For registration, please refer the link below:

icon pdf

Registration Deadline: 15 March 2015

For further enquiries, please contact:
Mdm. Nor Shafinaz Atil (04-928 4956) / shafinaz@uum.edu.my

===============================
FROM:
ITU-UUM ASIA PACIFIC CENTRE OF EXCELLENCE FOR RURAL ICT DEVELOPMENT
CONVENTION COMPLEX
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 UUM SINTOK
TEL : +(6) 04-928 4956/4954/4951 FAKS : +(6) 04-928 4959
E-MAIL : shafinaz@uum.edu.my / itu@uum.edu.my
Website : www.itu.uum.edu.my

LAWATAN KERJA DAN KERJASAMA PINTAR ITU-UUM DENGAN ISITI-COERI, UNIMAS

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

Lawatan Kerja dan Kerjasama Pintar ITU-UUM dengan ISITI-COERI, UNIMAS

ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development (ITU-UUM) merupakan salah satu organisasi yang bergiat aktif dalam program merapatkan jurang digital di Malaysia dan Asia Pasifik. Sehubungan itu, pihak ITU-UUM telah bekerjasama dengan Institute of Social Informatics and Technological Innovations (ISITI-CoERI), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi melaksanakan program memperkasakan staf Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di seluruh Malaysia.

Lawatan selama dua (2) hari pada 18-19 November 2014 ini diketuai oleh Prof. Madya Dr Mohd Syazwan Abdullah, Pengarah ITU-UUM telah membolehkan kedua-dua pihak berbincang untuk mengadakan Perjanjian Persefahaman (MoA) bagi menyediakan latihan pengurusan dan ICT kepada staf PI1M bagi tahun 2015.

Sebagai penghormatan, ITU-UUM juga telah dijemput untuk berkongsi pengalaman, idea dan ilmu bertajuk Beyond Bridging Digital Divide bersama staf dan pelajar pasca siswazah UNIMAS yang telah disampaikan oleh Dr Azizi Ab Aziz, Timbalan Pengarah ITU-UUM. Selain itu, delegasi dari ITU-UUM dibawa melawat ke dua (2) buah PI1M iaitu PI1M Kampung Tanjung Bowang, Singai dan PI1M Kampung Skio, Bau untuk sesi percambahan idea dan berkongsi pengalaman.

Sekian.

Kemaskini pada 14 Disember 2014

Program Pembangunan Usahawan Bersama Delegasi Taiwan

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

Program Pembangunan Usahawan Bersama Delegasi Taiwan

Yuenze

UUM ONLINE: Delegasi dari YuanZe University, Taiwan diketuai Prof Madya Dr Shu Fen Tseng (dua dari kiri) mengabadikan kenangan bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Rosna Awang Hashim (tiga dari kiri) ditemani Timbalan Pengarah International Telecommunication Union (ITU-UUM), Azizi Ab Aziz di foyer Jabatan Canselori  selepas melawat Galeri UUM kelmarin.

Kunjungan bagi mengadakan bengkel latihan ICT kepada usahawan kecil dan sederhana (IKS) Negeri Kedah yang diadakan di Makmal Multimedia,  School Of Multimedia Technology and Communication (SMMTC) UUM bermula 1 Julai hingga 5 Julai 2013.

Sumber: 

UKK, UUM

Gambar: ITU-UUM

2 JULAI 2013 / 23 SYAABAN 1434H

ITU-UUM Menghadiri ADOC Workshop 2013 di Taipei, Taiwan

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

ITU-UUM Menghadiri ADOC Workshop 2013 di Taipei, Taiwan

Adoc1

ITU-UUM Online: Pihak  ITU-UUM telah dijemput untuk menghadiri APEC  Digital Opportunity Center (ADOC) Workshop 2013 di Taipei baru-baru ini. 10 buah negara Asia-Pasific Economic Cooperation (APEC) yang lain juga turut hadir di mana mereka juga terlibat dalam projek ADOC ini. Antaranya adalah Chile, Indonesia, Mexico, Peru, Papua New Guinea, Rusia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Wakil negara masing-masing diberi kesempatan untuk membentangkan kemajuan pelaksanaan projek ADOC  di negara mereka.

adoc2

Selain ITU-UUM dijemput sebagai pembentang dalam projek ini di Malaysia, wakil daripada beberapa kementerian juga turut hadir iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dan wakil media. Dalam pembentangan mengenai kemajuan projek ADOC di Malaysia, Dr. Azizi Ab. Aziz, Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan Komuniti) ITU-UUM telah dijemput oleh pihak kerajaan Taiwan untuk menerangkan secara terperinci kepada peserta. Antara intipati pembentangan beliau adalah kunci kejayaan pelaksanaan program ICT dan komuniti di Malaysia, trend terkini ICT di Malaysia,  pembentukkan konsep kluster  keusahawanan dan juga dapatan penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh pihak ITU-UUM.  Selain itu beliau juga tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan Universiti Utara Malaysia sebagai hub pusat pengajian tinggi mengenai pengurusan terulung di Malaysia dan Kedah sebagai destinasi pelancongan kepada perwakilan negara lain. Beliau juga turut mengambil peluang ini untuk menjalinkan jaringan kerjasama bagi projek yang berpotensi untuk dijalankan di UUM dengan wakil daripada Universiti Waseda, Jepun dan juga National Chiao Tung Universiti, Taiwan.

adoc3

Bengkel selama lima hari ini tidak hanya tertumpu kepada sesi pembentangan dan percambahan idea semata-mata, malah delegasi juga dibawa melawat pelbagai kluster ICT dan keusahawan yang ditubuhkan kerajaan Taiwan. Antara destinasi yang dituju adalah Sui-Li (Perusahaan Muzium Batu Arang), Nantou Jiji (Perusahaan Cendawan), Guansi Xinpu (Lukisan Tembikar), dan Tamsui (Perusahaan Kopi Moden dan Bebola Ikan). Delegasi juga diberikan kesempatan ke Institute for Information Industry (III) untuk mempelajari teknologi nagivasi pelancong, teknik ringkas pemasaran digital, rekaan dan pelabelan produk bagi program “niche marketing”.

Setiap perusahaan ini mempunyai penerapan elemen ICT mengikut lokasi masing-masing. Kebanyakan tempat menggunakan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun dalam pasaran Android dan iOS yang akan memudahkan pelanggan atau pelawat menuju ke destinasi perusahaan tanpa bantuan pemandupelancong. Ini dapat dipelajari oleh delegasi Malaysia untuk dilaksanakan dalam projek ADOC di sini. Turut hadir menyertai program ini ialah Muhammad Khairul Munawwar Ismail, Pegawai Tadbir (Hal Ehwal Komuniti) ITU-UUM.

Oleh: ITU-UUM

Gambar Oleh: ITU-UUM

29 Ogos 2013 / 22 Syawal 1434H

ITU-UUM Reps. in The ASEAN Workshop on Setting up a Framework for USOF

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

ITU-UUM Reps. in The ASEAN Workshop on Setting up a Framework for USOF

The ASEAN Workshop on Setting up a Framework for Universal Service Obligation Fund was organized by the National Broadcasting and Telecommunications Commission of Thailand (NBTC) in close collaboration with the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) and ASEAN Secretariat, during 13-14 March 2013 in Kuala Lumpur, Malaysia.

group photo

The ASEAN Workshop on Setting up a Framework for Universal Service Obligation Fund was organized by the National Broadcasting and Telecommunications Commission of Thailand (NBTC) in close collaboration with the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) and ASEAN Secretariat, during 13-14 March 2013 in Kuala Lumpur, Malaysia.

The Workshop welcomed 31 participants from 6 ASEAN Member Countries (AMCs) i.e. Cambodia, Indonesia, Laos PDR, Malaysia (included ITU-UUM representatives) , Thailand, and Vietnam, and the International Telecommunication Union (ITU). The meeting was divided into four sessions. The first session presented by an ITU expert introduced international practices on USO and models of USO Fund management. Session Two saw updates of USO practices in AMCs. The third session discussed issues and challenges on USO implementation, and guiding principles in the context of setting up the USO Fund.

Source:

http://www.itu.int/ITU-D/asp/CMS/Events/2013/ASEAN-USOF/index.asp

Menghadiri 7th ITU Asia Pasific Centres of Excellence Management Committee Meeting

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

Menghadiri 7th ITU Asia Pasific Centres of Excellence Management Committee Meeting 16 September 2013 Bangkok, Thailand

Meeting 7th Asia Pasific ITU

Pada 16 September 2013 lalu, tiga (3) wakil ITU-UUM telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pusat Kecemerlangan (CoE) International Telecommunication Union (ITU)  Asia Pasifik (ASP) yang ke 7 di ToT Academy, Bangkok, Thailand.

Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan sistem pangkalan data oleh wakil  ITU bagi tujuan menyimpan data semua program latihan yang telah dianjurkan oleh semua CoE di bawah ITU. Diikuti dengan pembentangan dari ITU Regional Bangkok, Mr Ashish Narayan berkaitan halatuju CoE ITU bermula dari tahun 2006 hingga ke fasa baru bermula tahun 2015 bagi mengenalpasti strategi CoE baru yang bakal dilaksanakan.

Dalam mesyuarat sehari tersebut, Prof. Madya Dr Wan Rozaini Sheik Osman, selaku Pengarah ITU-UUM telah membentangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2013 oleh ITU-UUM di peringkat nasional dan antarabangsa. Selain itu juga, turut dibentangkan adalah cadangan empat (4) program bersama ITU yang bakal dilaksanakan pada tahun 2014. ITU-UUM berjaya mendapat rakan strategik baru seperti INTEL dan IMT Bandung bagi menjalankan program antarabangsa tersebut selari dengan bidang fokus yang ditetapkan oleh ITU.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah wakil daripada ibu pejabat ITU  Geneva, ITU Regional Bangkok, SKMM, Vanuatu, Indonesia, Bangladesh, Singapura dan CoE dari Thailand, Korea, Pakistan, Iran, IMPACT dan Vietnam.

Oleh: ITU-UUM

Gambar Oleh: ITU-UUM

 

TAHNIAH PROF. MADYA DR. MOHD SYAZWAN ABDULLAH

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

Tahniah Prof. Madya Dr. Mohd Syazwan Abdullah!

PM Dr. Syazwan

Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya meraih pingat Anugerah Double Gold Award dalam penyertaan ke The British Invention Show 2013 (BIS 2013) yang berlangsung di Barbican Exhibition Centre, London pada 23-27 Oktober 2013 lalu.

Sehubungan itu Pengarah dan semua warga ITU-UUM mengucapkan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohd Syazwan Abdullah, Timbalan Pengarah (Latihan & Pembangunan Perniagaan) di atas kejayaan beliau di dalam BIS 2013 seperti berikut:

PRODUCT ID

CATEGORY

PRODUCT TITLE

PRINCIPAL NAME

THEME

WINNER

617

OPEN

COST-EFFECTIVE E,T, L PROCESS COMPONENTS FOR BUSINESS INTELLIGENCE   [CE,T,L,COMP]

MOHD SYAZWAN ABDULLAH

ICT & Multimedia

BRONZE

618

OPEN

E-AQUACULTURE: BUSINESS INTELLIGENCE FOR SHRIMP FARMING

SYAZWAN ABDULLAH

Agriculture, Aquaculture & Environmental

SILVER

 

 

ITU-UUM telah berjaya memperolehi geran untuk projek dan penyelidikan komuniti daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

ITU-UUM telah berjaya memperolehi geran untuk projek dan penyelidikan komuniti daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)

geran kklw 2014

Sukacita diumumkan ITU-UUM telah berjaya memperolehi geran untuk projek dan penyelidikan komuniti daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) seperti di berikut:

 Bil.  Program Ahli   Jumlah Geran
 1. Kajian Penggunaan ICT Sebagai Alat Memperkasakan Mini Rural Transformation Centre (RTC) Perak 2014

 1. Prof. Madya Dr. Wan Rozaini Sheik  Osman

2. Dr. Azizi Ab Aziz

3. Muhammad Khairul Munawwar Ismail

 RM30,000
 2. Program Melestarikan Mini RTC Melalui Teknologi ICT dan Web 2.0 kepada  Pengurus-Pengurus Mini RTC Negeri

 1. Dr. Azizi Ab Aziz

2. Muhammad Khairul Munawwar Ismail

 RM25,000
 3.

Program Menjana Kreativiti Keusahawanan Melalui ICT kepada Pengurus-Pengurus Mini RTC Kedah

 1. Dr. Azizi Ab Aziz

2. Muhammad Khairul Munawwar Ismail

 RM25,000

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

En. Muhammad Khairul Munawwar Ismail

ITU-UUM ASP CoE for Rural ICT Development

Kompleks Konvensyen, Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok,

Kedah, MALAYSIA.

T: +604 - 928 4958
F: +604 - 928 4959

http://malek-ict.blogspot.com/

 

Membangunkan Modal Insan Yang Kreatif Dan Berdaya Saing

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

Membangunkan Modal Insan Yang Kreatif Dan Berdaya Saing Membangunkan Modal Insan Yang Kreatif Dan Berdaya Saing

Program Kelantan Web 2-0

Selari dengan misi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk membawa keamanan dan pembangunan melalui pendidikan dan sains, ITU-UUM dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan satu program pembangunan modal insan yang bertajuk Program Menjana Kreativiti Dalam Program Pengajaran Dan Pembelajaran Menerusi Teknologi ICT & Web 2.0.

Lokasi program yang bertempat di sebuah negeri Pantai Timur Semenanjung telah berjaya menarik seramai lima (5) guru dan 54 pelajar sekolah rendah, dari tahun 5 hingga tahun 6 dari dua (2) buah sekolah yang terpilih di kawasan Pasir Puteh, Kelantan.  Program yang berlangsung selama dua (2) hari ini telah di isi sepenuhnya dengan ilmu ICT yang dimulakan dengan sesi pengenalan ICT; diikuti dengan kerja berkumpulan kreatif dengan menggunakan aplikasi persembahan power point dan perisian movie maker; seterusnya pendedahan bagi melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi seperti UUM; dan di akhiri dengan sesi kesedaran keselamatan ICT. Kandungan program yang telah dirangka khas ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Program yang telah dilaksanakan pada 18-19 Disember 2013 ini telah dibiayai oleh dana KKMM dan mendapat sambutan baik oleh tenaga pengajar di dua buah sekolah ini. Dua (2) wakil dari Jabatan Penerangan, Kelantan, empat (4) wakil dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan tiga (3) penceramah daripada UUM turut hadir dalam menjayakan program ini.

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI DARI RANGSIT UNIVERSITI, BANGKOK KE ITU-UUM

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI DARI RANGSIT UNIVERSITI, BANGKOK KE ITU-UUM

Lawatan Delegasi Thailand

ITU-UUM telah menerima kunjungan rasmi delegasi dari Rangsit Universiti, iaitu salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang terletak di Bangkok, Thailand. Lawatan ini berlangsung pada 23 Januari 2014 yang lalu, dimulai dengan sesi taklimat berkaitan penubuhan awal dan fungsi ITU-UUM. Perkongsian ilmu dan peluang kolaborasi dibincang dan dicadangkan bagi membangunkan institusi masing-masing. Lawatan ini telah diiringi oleh En Suwannit Chareen Chit, Pensyarah dari Pusat Pengajian Pengkomputeran, Kolej Sastera dan Sains.

Diharap jalinan kerjasama dapat diteruskan dan dimanfaatkan bersama pada masa hadapan.

Sekian.

 

 

 

ITU-UUM Sertai Pameran Di Bawah Program Digital Lifestyle Malaysia

Ditulis oleh Admin ITU on . Posted in Uncategorised

ITU-UUM SERTAI PAMERAN DI BAWAH PROGRAM DIGITAL LIFESTYLE MALAYSIA

Program Digital Lifestyle Malaysia 25 Jan 2014

ITU-UUM telah dijemput oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyokong usaha SKMM untuk mempromosikan Digital Lifestyle Malaysia (DLM) pada 25 Januari 2014 yang lalu. Program ini telah berlangsung di Pinggir Sungai Sepang Besar, Bagan Lalang, Sepang Selangor. Salah satu objektif pameran ini dianjurkan adalah bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi baru yang boleh meningkatkan keberkesanan dalam penjagaan alam sekitar sekaligus membantu memelihara dan memulihara alam sekitar.

Dalam pameran ini, ITU-UUM yang diwakili oleh Timbalan Pengarah ITU-UUM, Dr Azizi Ab Azizi serta dua orang staf ITU-UUM telah berpeluang mempamer dan mempromosikan program serta aktiviti berkaitan pembangunan ICT luar bandar yang telah dilaksanakan oleh pihak ITU-UUM.  Pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz ICT; penggunaan aplikasi dan teknologi terkini telah ditonjolkan dalam pameran oleh pihak ITU-UUM.

Di samping itu, pihak SKMM juga telah mengadakan aktiviti lain seperti Klik Dengan Bijak, U-Pustaka, Pameran Go Green dan aktiviti rekreasi sungai yang melibatkan komuniti setempat.

Sekian.

 

 

ITU-UUM Sertai Pameran Di Bawah Program Digital Lifestyle Malaysia

Ditulis oleh Super User on . Posted in Berita

ITU-UUM telah dijemput oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyokong usaha SKMM untuk mempromosikan Digital Lifestyle Malaysia (DLM) pada 25 Januari 2014 yang lalu. Program ini telah berlangsung di Pinggir Sungai Sepang Besar, Bagan Lalang, Sepang Selangor. Salah satu objektif pameran ini dianjurkan adalah bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi baru yang boleh meningkatkan keberkesanan dalam penjagaan alam sekitar sekaligus membantu memelihara dan memulihara alam sekitar.

Contact Us

              Thumbnail horizontal QRC 1438748728657

ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA. 

Tel: +604-928 4951/4954/4955

Fax : +604-928 4959

Email: itu@uum.edu.my

Map

Collaborators

  ADOC  apwinc  TOURISM 

   ITU  KESELAMATAN  kklw  KUMUDA  EPU  
 
    TITIANDIGITAL  MAXIS  P1  INTEL DIGI  
 
    TELECENTRE    unesco   UNIMAP   UNIMAS  
 
     SOC   CEDI   TERENGGANU
 

                                                                                                                              Stakeholders


                                                                         Logo KKMM Update                                                                           Logo MCMC
                                                   Kementerian Komunikasi dan Multimedia                                     Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
                                                                             Malaysia                                                                                               Malaysia